Tuesday, October 9, 2007

~Malam Lailatulqadar~


~Malam Lailatulqadar~

Petua Oleh Imam Ghazali Dan Lain-Lain Ulama’ Untuk Mencari Malam Lailatul Qadar

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

Ahad Atau Rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan;
Selasa Atau Jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan;
Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan;
Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.




P/s: Jadi, jika menurut petua ini, malam qadar dijangka jatuh pada malam 25 Ramadhan, iaitu pada Sabtu malam Ahad, 6 Oktober 2007. Which is malam ni...Waallahu'alam...

===

Tanda malam Qadar ialah :

malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


p/s: Pernah ke kita rasa?

===

Ada lagi artikel copy paste...

Rasulullah menyebutkan,

Tanda-tanda Awam; (semua orang pun boleh rasa)

1) Pada malam lailatul qadar, keadaan malam itu sunyi, sepi, penuh ketenangan dan bercahaya.

Tak ada bunyi anjing menyalak, pokok pokok tak bergerak.
Malam Lailatul Qadar pintu langit dibuka, semua malaikat turun, dipimpin oleh Malaikat Jibril.
Malam akan bercahaya, dan cahaya boleh dilihat jika kita tinggal ditempat jauh dari bandar.

2)Tidak panas, dan tidak sejuk cuacanya, sederhana. Kerana rahmat Allah sedang turun. Pada malam itu, tidak kelihatan panah panah api dari malaikat menyambar syaitan (petir).

-dapatlah pahala seribu bulan


Tanda-tanda Khusus; (hanya pada diri seseorang)

1)Alim ulama minum airlaut, dan airlaut itu manis.
banyak alim ulama beribadah tepi laut, dan berwudhuk menggunakan airlaut, terasa airlaut tu manis.

2) Seorang ingin mandi kolam dan menggantungkan baju atas pokok kelapa, tiba tiba pokok tu tidak ada di situ, kerana pokok itu tiba tiba sujud.

3) Seseorang sedang i'tikaf di masjid, tiba tiba Allah hantar harimau depan dia.

-tak semua orang yang dapat rasa. kalau dia alami perasaan ini semua, doalah.. dimakbulkan.


Adakah lailatul qadar sepanjang malam atau dalam masa singkat?

Kata Imam Al-Ghazali, dari segi pahala, seribu bulan. dari segi masa, dari maghrib hinggalah subuh. guarantee dapat pahala!

S.Aisyah ra bertanya Rasulullah, kalau aku bertemu lailatul qadar, apakah yang aku baca? bacalah "allahumma innaka 'afuwun tuhibbul 'afwa nothing' fu'anni".

Ganjaran orang yang beri orang buka puasa, kita akan disalami malaikat pada malam lailatul qadar.

Macam mana tu malaikat salam kita?

Oh, waktu kita solat, tiba tiba bulu roma kita berdiri, hati kita sayu, dan airmata kita mengalir.
Kalau kita dapat rasakan itu, cepat-cepat doa, insyaAllah dimakbulkan.

Tanda siang hari yang malamnya itu Lailatul Qadar

Rasulullah menyebutkan;

Pada waktu pagi, matahari naik tanpa pancaran, timbul seperti bulan penuh.
Syaitan telah diharamkan untuk naik bersama sama matahari, jadi matahari tu taklah terik dan kita boleh lihat matahari tu, kalau biasa biasa kan tak boleh lihat.

Kenapa?

oh kerana,
malaikat sedang menderu deru naik atas sampai terbit fajar.
kerana waktu malamnya malaikat turun untuk bersalaman dengan orang solihin .

sesetengah org yang nampak malaikat naik, akan nampak lah di matahari tu, warna macam macam. subhanallah!


Ada lagi.....

Menurut syeikh md arsyad al banjari, jika kita dapat Lailatul Qadar, solatlah solat sunnat Lailatul Qadar 4 rakaat.

"saja aku solat lailatul qadar 4 rakaat lillahi ta'ala"
selepas fatihah rakaat pertama, baca alhakumu takathur, dan qul hu 3kali.
repeat for the rest rakaats.
nescaya dimudahkan Allah taala keluar rohnya sewaktu sakaratul maut, lepas azab kubur,
dapat 1000 mahligai dalam syurga.


sunnat baca banyak-banyak"allahumma innaka 'afuwun tuhibbul 'afwa nothing'fu'anni".

p/s:semoga kita semua sentiasa tergolong dikalangan org yg mendapat petunjuk.may Allah always be with us. sama2lah kita memburu mlm lailatulqadar.:) Waallahu'alam.....

No comments: