Friday, September 28, 2007

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan


Aku memulakan blog ini dengan nama tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.....Bacalah dengan nama tuhan mu yang menjadikan mu....Semoga Allah menulis segala niat ikhlasku ini untuk memulakan langkah baru bagi penaku untuk menegakkan agamaNya yang mulia dan memulakan langkah dakwah yang baru bagiku sebagaimana hadis Baginda s.a.w : " Sampaikanlah sesuatu perkara yang berkaitan denganku (berdakwah) sekalipun dengan satu perkataan."


1. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.*

2. Dialah yang menciptakan manusia dari embrio.

3. Bacalah, dan Tuhanmu, yang Maha Mulia.

4. Yang mengajar melalui kegunaan pena.

5. Dialah yang mengajarkan manusia apa yang dia tidak pernah tahu.

6. Sesungguhnya, manusia amatlah melampaui batas.

7. Apabila dia menjadi kaya.

8. Kepada Tuhanmu adalah destini yang terakhir.

9. Sudahkah kamu perhatikan seseorang yang menegah.

10. Yang lainnya dari bersembahyang?

11. Tidakkah lebih baik baginya untuk mengikuti petunjuk?

12. Ataupun menganjurkan kebajikan?

13. Jika dia mengingkarkan dan berpaling

14. Tidakkah dia sedar yang Allah melihatkan?

15. Sesungguhnya, melainkan jika dia berhenti, kami akan

menundukkannya.

16. Penunduk yang mengingkarkan dan yang berdosa.

17. Biarkan dia memanggil kepada pembantu pembantunya.

18. Kami akan memanggil penjaga penjaga dari Neraka.

19. Jangan sekali kamu menta'atinya; kamu mestilah jatuh sujud dan

lebih mendekatkan diri.




Terdapat 4 hadits yang berkaitan dengan"khadijah".

0012. "Dari Aisyah ibu orang-orang mu'min ra., beliau berkata: "Yang paling pertama (dari wahyu) kepada beliau s.a.w adalah mimpi yang baik di dalam tidur. Beliau hanyalah melihat seperti sinar shubuh. Kemudian beliau gemar bersunyi. Beliau selalu bersunyi di gua Hira', beliau beribadah di sana, yakni beribadah beberapa malam sebelum rindu kepada keluarga beliau dan mengambil bekal untuk itu kemudian beliau pulang kepada Khadijah. Ia mengambil bekal seperti biasanya sehingga kebenaran datang kepada beliau. Ketika beliau di gua Hira', datanglah malaikat seraya berkata: " Bacalah!" Beliau bersabda: "Sungguh saya tidak dapat membaca". Ia mengambil dan mendakap saya sehingga saya lelah.Kemudian ia melepaskan saya, lalu berkata: "Bacalah". Maka saya berkata: "Sungguh saya tidak dapat membaca" lalu ia mengambil dan mendakap saya untuk kedua kalinya kemudian ia melepaskan saya lalu ia berkata: "Bacalah", maka saya berkata : "Sungguh saya tidak dapat membaca", lalu ia mengambil dan mendakap saya yang ketiga kalinya kemudian ia melepaskan saya. Lalu ia membacakan: "IQRO' BISMI RABBIKALLADZII KHALAQ KHALAQAL INSAANA MIN 'ALAQ IQRA' WARABBUKAL AKRAM ALLADZII 'ALLAMA BIL QALAM (Bacalah, dengan Tuhanmu yang menjadikan. Menjadikan manuisia dari segumpal darah. Bacalah, dan nama Tuhanmu Yang Pemurah. Yang mengajar dengan qalam)." "Lalu Rasulullah saw, pulang dengan membawa ayat itu seraya bergoncang hati beliau, terus masuk pada Khadijah binti Khuwailid, lantas beliau bersabda: "Selimutilah saya, selimutilah saya". Maka mereka menyelimuti beliau sehingga keterkejutan beliau hilang, Beliau bersabda dan menceritakan cerita itu kepada Khadijah: "Sungguh saya takut atas diriku." Lalu Khadijah berkata: "Janganlah, demi Allah, Allah tidak menyusahkan engkau selamanya, karena engkau menyambung persaudaraan, menanggung beban, mengusahakan orang yang tidak punya, memuliakan tamu dan menolong penegak kebenaran." Lalu Khadijah bersama beliau pergi sehingga ia membawa beliau para Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza bin Ayah saudara Khadijah. Ia seorang yang memeluk agama Nasrani pada zaman Jahiliah, ia dapat menulis tulisan Ibrani., dan ia menulis Injil akan apa-apa yang dikehendaki Allah akan apa yang ditulisnya. Ia seorang yang sudah sangat tua dan telah buta. Khadijah berkata: "Wahai Ayah saudarakuku, dengarkanlah putera saudaramu!" Lalu Waraqah berkata kepada beliau: "Wahai putera saudaraku, apakah yang engkau telah lihat?" Lantas Rasulullah s.a.w. Menceritakan kepadanya cerita apa yang beliau lihat." "Lalu Waraqah berkata kepada beliau: "Ini adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Musa, wahai sekiranya saya masih muda, sekiranya saya masih hidup ketika kaummu mengusirmu". Lalu Rasulullah s.a.w. Bersabda: ' Apakah mereka akan mengusir saya?" Ia berkata : "Ya, belum pernah datang seorang laki-laki yang (membawa) seperti apa yang engkau bawa kecuali ia diberi kebaikkan. Jika saya menjumpai masamu maka saya menolongmu dengan pertolongan yang tangguh." Tidak lama kemudian Waraqah meninggal dan wahyu pun fatrah (bersela)"
(HR: Bukhari)



7115. Dari Aisyah ra., ia berkata :"Aku sama sekali tidak cemburu kepada seorang wanita. Aku sama sekali tidak cemburu kepada Khadijah. Sungguh. Tuhan beliau telah mmerintahkan kepada beliau untuk menyampaikan khabar gembira kepadanya (Khadijah) akan tempat tinggal di Syurga".
(HR: Bukhari)

7127. Dari Abu Hurairah, dia (Jibril) berkata:"Ini adalah Khadijah yang datang kepadamu dengan membawa bejana berisi makanan (atau dengan bejana berisi minuman). Maka sampaikanlah kepadanya salam dari Tuhannya dan berikanlah kabar gembira kepadanya dengan tempat tinggal terbuat dari mutiara, yang di dalamnya tiada ada suara hiruk pikuk dan tidak ada (pula) kepenatan".
(HR: Bukhari)

5696. Dari A`isyah ra. ia berkata: "Tiada aku cemburu pada seseorang sebagaimana cemburuku pada Khadijah. Sedangkan ia telah meninggal tiga tahun sebelum Nabi mengawiniku karena Aku mendengar Nabi menyebutnya bahawa Allah memerintahkannya untuk memberikan khabar gembira pada Khadijah (Bahawa ia mendapat) rumah yang terbuat dari mutiara di Syurga, dan sesungguhnya Nabi menyembelih seekor Kambing kemudian menghadiahkannya pada kenalan dan teman Khadijah".
(HR: Bukhari)


Akhir kalam, aku menutup kalamku ini dengan satu hadis Baginda s.a.w : " Innamal 'Amaalu binniyaat ", ertinya : Sesungguhnya amalan itu dikira berdasarkan kepada niat." Setiap para ulama yang muktabar akan memulakan penulisan mereka dengan bab niat. Maka aku insan yang doif ini memulakan dan mengakhirkan kalamku ini dengan niat..Aku berdoa kepada Allah supaya menguatkan semangatku dan membetulkan segala niatku untuk mencari keredhaanMu hingga ke syurga yang kekal abadi...Allahuma faqihni fiddin wa jaalni minan najihiin...Amin...